bootstrap html templates

Yayasan Kaseh Kanser & Kronik OKB

No. Pendaftaran: PPAB-04/2017

"Biar Jasa Jadi Kenangan"

Mobirise

Tujuan

Yayasan Kaseh Kanser & Kronik OKB (YKK-OKB) merupakan sebuah yayasan yang berkebajikan. Menjalankan aktiviti dan program ehsan kepada pesakit kanser dan kronik yang terdiri daripada penyakit kanser, sakit buah pinggang, sakit jantung, sumbing bibir dan lelangit, sakit saraf, strok otak dan lumpuh yang mana semuanya terdiri dari golongan asnaf yang tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.

Mobirise

Malam Kaseh 
Kanser & OKU 2018

9 November 2018 | 8.00 malam - 11.00 malam

Mobirise

Jangan Kalah Dengan Kanser

Anda mampu memerangi ia dengan meminum Graviola Tea secara istiqomah

Mobirise

Objektif Penubuhan

Yayasan Kaseh Kanser & Kronik OKB

  1. Membantu mengurangkan beban penderitaan yang dihadapi oleh pesakit kanser dan ahli keluarga dari pelbagai aspek seperti kewangan, sokongan moral, kaunseling dan pencegahan kanser.
  2. Membantu membiayai sebahagian daripada kos rawatan perubatan dan juga tambang perjalanan untuk menghadiri sesi rawatan di hospital kerajaan. 
  3. Memberi sumbangan barangan dan peralatan sokongan kepada pesakit seperti ‘chemoport’, bantuan susu khas, kerusi roda, ‘ripple mattress’ (tilam angin), lampin pakai buang, serta produk/makanan kesihatan. 
  4. Memberi sumbangan peralatan atau mesin kepada pesakit atau hospital yang boleh membantu meringankan kesakitan pesakit seperti penghawa dingin, kipas, ruangan kubikal tertutup, kerusi rehat, televisyen dan lain-lain. 
  5. Mengadakan aktiviti lawatan ke rumah pesakit bagi memberi bantuan kewangan, sokongan moral, kaunseling dan rawatan susulan bagi pesakit-pesakit yang tidak mampu ke hospital kerana keuzuran. 
  6. Lain-lain aktiviti yang tidak disenaraikan bergantung kepada ahli lembaga yang diperlukan untuk pesakit kanser dan kronik. 

Perancangan Aktiviti

Yayasan Kaseh Kanser & Kronik OKB

LAWATAN KASEH

Mengadakan aktiviti lawatan ke rumah pesakit setiap minggu mengikut jadual atau keperluan.

ZIARAH WAD

Mengadakan lawatan ke Wad Kanser, Wad 26 Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Wad Kanser HUSM Kubang Kerian, Wad Paliatif Hospital Pasir Mas, Wad Rehabilitasi di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang dan lain-lain hospital jika ada dilaporkan kepada yayasan.

SUMBANGAN

Mengadakan aktiviti pemberian sumbangan barangan, peralatan sokongan, kewangan kepada pesakit samada secara persendirian atau secara rasmi.

PEMERIKSAAN KESIHATAN

Mengadakan program pemeriksaan kesihatan dan saringan kanser bagi memberi kesedaran kepada ahli keluarga pesakit, masyarakat umum mengenai potensi penyakit kanser dalam tubuh setiap manusia.

Jenis-Jenis Sumbangan & Bantuan

Yang dianjurkan oleh Yayasan Kaseh Kanser & Kronik OKB

  1. Pembelian alat ‘chemoport’.
  2. Bantuan kewangan untuk tambang perjalanan. 
  3. Bantuan kewangan segera kepada pesakit-pesakit kanser. 
  4. Pembekalan makanan ringan kepada pesakit-pesakit kanser. 
  5. Bantuan kewangan serta merta untuk pesakit kronik. 
  6. Pembedahan sumbing bibir dan lelangit percuma. 
  7. Pemberian kaki palsu dan kasut khas secara percuma kepada kanak-kanak yang cacat fizikal asal. 
  8. Pemberian kerusi roda ‘wheelchair’ secara waqaf kepada pesakit lumpuh golongan asnaf. 
  9. Pemberian katil khas secara waqaf (standard mengikut piawaian). 
  10. Pemberian tilam angin khas (ripple mattress) secara waqaf (mengandungi angin yang dipam secara elektronik). 
  11. Pembelian ‘stoma bag’, susu khas, ‘ripple mattress’ (tilam angin), lampin pakai buang dan termasuk produk makanan kesihatan seperti Graviola Tea, Kapsul Keladi Tikus dan ‘Suction Pump’. 

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir. Pada tiap-tiap butir menghasilkan seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa sahaja yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui."

- Surah Al-Baqarah, ayat 261

Mobirise

Sumbangan Ikhlas

Jika anda ingin membantu YKK-OKB meringankan beban para pesakit kanser & kronik, anda boleh membuat sumbangan ikhlas anda kepada akaun berikut:

Nama Bank : CIMB Malaysia Berhad
No. Akaun : 8603190901
Nama Akaun : Yayasan Kaseh Kanser Dan Kronik OKB

Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. 

Kongsi Laman Ini

IBU PEJABAT

18-2, Jalan Putra 3, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Tel : 03-8741 2888
Fax :03-8741 3388

Email : admin@ykkokb.com.my

CAWANGAN KOTA BHARU

Rumah Kaseh Bakti OKB
Lot 289, Jln Sri Chemerlang, Seksyen 27, 15400, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Tel : 09-7421768
Whatsapp: +601112940536

NOMBOR AKAUN BANK BAGI TUJUAN SUMBANGAN IKHLAS

CIMB | 8603190901

Derma Online